hello! my online diary
Nurul Syazwani

wahai sahabat
Dulu kita sentiasa meluangkan masa bersama, saling berkongsi rasa, saling bertukar cerita
Walaupun kita tahu setiap pertemuan itu perpisahan akhirnya. syifa pergi jauh demi 
mengejar cita-cita. wany akan sentiasa mendoakan kesejahteraan syifa walaupun wany berada jauh dengan syifa. Doa wany akan tetap bersama syifa. Agar syifa sihat dan ceria di tempat baru. wany pun tak sangka syifa akan tinggalkan wany sorang kat sini, wany tahu syifa tak sangup tapi syifa terpaksa, tak pe, wany faham, cuma satu sahaja wany ingatkan, ingatlah wany selalu sebagai sahabat syifa, jadilah yang terbaik walaupun telah bermacam-macam dugaan yang akan syifa tempuhi. wany akan alwyas sokong syifa, 

Friendship isn’t how to forget, but how you forgive.
Not how you listen, but how you understand.
Not how you see, but how you feel.
Not how you let go, but how you hold on!



Di saat kau berasa lemah dan tidak berdaya..
Di saat kau merasakan besarnya  ujian dan cabaran hidupmu...
Janganlah berhenti berharap kepada Allah SWT..
Menangislah sepuas hati mu andai kau tidak berdaya...
Namun, pesanku.. jangan lupa untuk kau bangun..
Bangun kembali tuk menghadapi kehidupan seterusnya..
Berdoalah moga diberi kekuatan menghadapi setiap ujian...


Tabahkanlah hatimu wahai sahabat..
Allah menguji hambaNya mengikut kemampumu...
Kau tidak bersendirian tatkala kau rasa sunyi..
Kau tidak bersendirian tatkala kau rasa tiada sesiapa..
Sesungguhnya kau mempunyai TEMAN setia, sejati dan abadi..
Allah sentiasa bersamamu...

setiap musibah pasti ada hikmahnya . percayalah Allah tidak akan meninggalkan hambaNya begitu saja . semua ujian yang diberi kepada kita ada hikmah nya . mungkin untuk menyedarkan kita tentang asam garam kehidupan dan mungkin juga Dia telah menjanjikan sesuatu yang lebih baik untukmu wahai sahabat 

. wany sebagai kawan hanya mampu berdoa dan memberi sokongan semoga syifa tabah menempuh segala ujian ini . wany percaya syifa seorang perempuan yang kuat untuk menghadapi situasi ini . berdoalah semoga syifa  kuat menghadapi ujian ini . AMIN ~ wany akan always bantu syifa dan akan always ada bersama syifa walaupun kita jauh :') maafkan wany



alhamdulilah
Sungguhnya Allah, Engkau telah membuka hatiku untuk sentiasa bertaubat kepadaMu. Engkau telah menyedarkanku tentang keindahan beribadat. Alhamdulillah ya Allah, kenikmatan beribadah itu dapat ku rasainya hanya dengan kerahmatanMu dan sedikit pun bukan kerana diriku.
Di dalam solatku, tidak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata betapa bersyukurnya aku dengan rahmatMu Ya Allah.Di dalam doaku, aku merintih mengharapkan penerimaan Mu. Aku merintih dan merayu denganMu Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani.
Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku. Kasihanilah umi ayahku sebagaimana mereka mengasihaniku sejak dari kecil lagi. Airmataku semakin bercucuran membasahi pipi. Tidak dapat aku menahannya. Aku membiarkan saja ia mengalir membasahi pipi dan telekung sembahyang.
Inilah kesedaran yang Allah campakkan di dalam hatiku ini. Selalu saja ingin bermunajat kepadaMu. Selalu saja ingin merebut saat dan ketika ini. Aku tidak sendirian kerana aku ada Allah yang Maha Melihat setiap gerak geriku. Aku ada Allah yang Maha Mendengar setiap doaku dan rintihanku. Aku ada Allah yang Maha Mengetahui isi hatiku yang sangat aku dambakan. Aku ada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Itulah yang lebih meyakinkanku.
Alhamdulillah.
keredhaan
Ku renung pada langit yang kebiruan..Subhanallah.. Indahnya ciptaan-MU ya Allah..  aku redha dengan apa yang terjadi, tiba-tiba air mata jatuh kebumi. hatiku sebak apa bila teringatkan peristiwa itu, 
Ya Allah, bantulah aku. Bantulah hambamu ini untuk berhijrah ke arah kebaikan. Bantulah aku untuk menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang islam. Bantulah aku ya Rahman. Dengan rahmat dan kasihan belasMu, aku dapat melaksanakan tanggungjawab ku kepadaMu? Mungkinkah, sedangkan aku selalu membelakangkanMu?
Hakikatnya aku sedar ya Allah... Hari demi hari umurku semakin berkurang.. dan berkurang.. Dan mungkin juga tiada sempat untuk aku bertaubat lantaran nyawaku ini hanyalah satu pinjaman. Bila-bila sahaja Engkau akan mengambilnya tanpa ku duga.
Mungkinkah pada waktu itu baru aku hendak menyesal? Sedangkan peluang dan masa ku tiada lagi untukku. Aku tidak mahu ya Allah.. Sungguh aku tidak mampu menanggung seksa azab-MU kerana sakit yang kualami kini pun sudah tidak tertanggung sakitnya. Ini baru ujian di dunia. Apakah di akhirat nanti ku akan menerima azab yang lebih peritnya?
Ya Allah.. Ampunkanlah aku. Hapuskanlah dosa-dosa yang telah ku lakukan selama ini dan terima kasih ya Allah, kerana dugaan yang Engkau timpakan padaku inilah akhirnya yang mengingatkan diriku kembali,  betapa kerdilnya diri ini.
"Ya Allah, aku bersedia menerima segala ujian dan dugaan-MU".
seandainya aku mati

Andai aku mati sekarang,Adakah ada yang akan merasa kehilangan ku? Adakah yang akan menangis pilu menghantar mayat ku? Adakah ada yang akan mendoakan aku setiap kali mereka mengenangku?
Adakah yang ziarah ke pusaraku?Aku akan menangis bila memikirkan hal itu, Namun aku harus memikirkanya,Kerana suatu hari nanti ini pasti terjadi.
.
Ya Allah.. aku tidak mahu merasakan apa-apa. Aku hanya ingin menyebut namamu sahaja sebagai peneman hidupku, wahai tuhanku, layakkah aku untuk syurgamu.? Aku jadikan sabar sebagai menempuh semua dugaan ini, iye memang berat untuk aku menghadapinya, tapi aku perlu tabah, jujur, aku tak setabah mana, aku hanya manusia biasa, tetap akan menagis bila ada dugaan yang mejimpa, aku masih wanita yang biasa. cuma apa yang aku selalu pegang, aku yakin semua ini pasti ada sebab kenapa terjadi. dan takkan selamanya aku akn berduka, allah maha adil dan penyayang. Aku tak perlu lagi berputus asa dengan keadaan duniawi.

Allah…Aku memohon berilah aku kesabaran yang takkan kehabisan, Aku memohon ampunkanlah segala dosa. Aku memohon berilah   kekuatan untuk menghadapi kenyataan yang tak selalu menyenangkan ini. Aku memohon jagalah aku dari pengaruh hati yang menggebu. Aku memohon terimalah segala amalan  hambamu ini  .aku redha dengan apa yang terjadi. mungkin ada hikmah diatas semua yang terjadi.

aku memohon berikanlah aku peluang untuk memperbaiki diri ini, ku sedar, ku alpa. berikanlah aku satu kesempatan dan kekuatan untuk menjalankan yang kau minta kerana ku tahu, engkau maha pemberi. ya allah. ampunilah segala dosa-dosaku :'( 

buat sahabatku
Kepada,
Sahabatku yg disayangi :')

Assalamualaikum sahabatku, maaf andai kehadiran post ini menganggumu. Aku Cuma mengharapkan keikhlasanmu memahami kandungan post ini yang mewakili diriku. Pertama sekali, aku ingin memohon keampunan untuk segala dosa dan kesalahan yang telah aku lakukan sepanjang kita menjalani ukhuwah.

Kita dipertemukan oleh Allah juga dipisahkan olehNya. Maaf, kerana aku gagal menjadi sahabat yang baik untukmu. Maaf kerana mejadi sahabat yang pernah menitiskan airmata mu. Maaf kerana pernah menyinggung perasaamu.

Maaf andai diriku pernah membuatmu kurang selesa dengan sikapku .Maaf andai kata engkau pernah terganggu dengan kekhilafanku. Maaf, jika aku tidak mampu menjadi yang pertama bila engkau memerlukan seseorang disampingmu. Maaf juga ku pinta kerana aku tidak mampu menjadi sahabat yang sempurna dan baik untukmu. Aku Cuma seorang sahabat yang penuh dengan kekurangan dan kelemahan yang seringkali tidak ku sedari. Sekali lagi, maaf sahabatku.

Mungkin ada kekurangan dan kesilapanku yang tidak aku sedari walaupun telah sedaya upaya ku cari dan itu mungkn telah mengguris hatimu. Setulus hati, aku mohon keampunan, kerana pernah membuatmu terjaga dari tidurmu disebabkan oleh khilafku. Maaf sahabatku, kerana aku tidak mampu menjadi penyebab kau tersenyum dan tertawa.

"I just miss u. whether you still remember me or not, it's not a matter. The matter is, I hope you are happy. If this distance would be the best way to make you smile again, I would be glad for you too."

Terima kasih sangat sebab telah menjadi sahabat yang terbaik buat aku. Terima kasih sebab pernah sudi mendengar ceritaku, rintihanku, dan tangisanku. Terima kasih kerana pernah berkongsi segala kesenangan dan kesusahan denganku. I knew the meaning of ukhuwah when I was with you. Namun, maaf jika kau merasakan yang sebaliknya sepanjang mengenaliku. Terima kasih atas segalanya!

Semoga setiap langkah yang terbuka akan membawamu ke jalan Redhanya Allah. Allah menetapkan untuk menemukan dan kemudian memisahkan kita. Diamku kini bukan bererti membenci, tetapi cukup sebagai tanda aku ingin kau bahagia tanpa aku yang sering melukaimu dan membuatkan kau menjadi bisu dan berasa tidak selesa dengan kehadiranku.

Sahabat, kau berhak bahagia dan gembira, bukan dibanjiri dengan airmata seperti ketika kau bersama denganku. Maka itu, la tahzan ya ukhti. Uhibbuka Fillah.

Sepanjang kita bersama, terlalu banyak juga yang telah kau membantuku. Allah sangat menyayangi orang yang paling banyak berguna pada orang lain. Dan ku kira,, itu adalah engkau yang dimaksudkan. Maaf jika aku bukan seperti itu. Maaf kerana sering menyusahkan. Semoga Allah akan terus mencintaimu. Atas kebaikan dan keihklasamu.

Sahabat, maaf andai aku pernah membuatmu kesal mengenaliku, tapi bagi ku, tidak ada rasa itu walau sedikit, sebalikya aku teramat bersyukur kerana pernah diberi kesempatan untuk menjadi sebahagian dari cerita hidupmu. Akhir sekali, Maaf andai memandangku sahaja membuat kau tidak selesa, maaf jika kehadiranku di hadapanmu membuatkan engkau merasa benci, meluat dan ingin berlari sejauh yang mungkin.

Untuk setiap pemberian yang pernah engkau hadiahkan padaku, terima kasih atas keihlasan itu.. Semoga Allah melimpahkan keceriaan dan kejayaan dalam hidupmu sahabatku.

Akhir sekali, jika satu saat nanti, kau memerlukan seseorang untuk mendengar, jangan segan silu tuk mencari ku. Maaf juga kerana sehingga kini aku sendiri masih mencari jawapan untuk senyapmu itu. Maaf jika aku yang menjadikan engkau terus membisu. Semoga Allah akan terus menerus merahmatimu SAHABATKU.

post ini kulayangkan sebagai tanda aku mengingatimu dan merinduimu. Sekali lagi, tolong ampunkan segala dosa dan kesilapan yang pernah aku lakukan. Halal kan lah jua setiap yang pernah kau berikan padaku. Sesungguhnya, aku selalu alpa. Semoga Allah membalas setiap kebaikanmu dengan kebaikan yang lebih baik untukmu.

Kini, aku sedang berusaha untuk mencari diriku sendiri dan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik. Wahai sahabat, ku mohon agar engkau sudi untuk memaafkan segala kesilapan yang telah ku lakukan dalam sedar dan tidak ku. Semoga jua, Allah akan menemukanmu dengan seorang sahabat yang sejati. InsyaAllah, Amiin. Jaga kesihatan, jaga iman.

Tika airmatamu mengalir lagi, jangan tahan, biarkan ia menitis jatuh ke bumi, tapi tolong, jangan lupa untuk menyekanya dan tersenyum kembali. Apabila suatu saat kau rasa ingin rebah, maka duduklah, tapi tolong, jangan lupa untuk bangkit kembali. Aku akan terus menyokongmu dalam diam, dari jarak ini.

terima kasih kerana sudi bersahabat denganku walupun seketika,, aku rindukan saat kita bersama. :') maafkan aku jika aku tidak sempurna. :'( maafkan wany 

wany mintak maaf sangat-sangat if kalau- kalau wany ada sakitkan hati syu.Mintak maaf sesangat kat syu, bg wany, biar tak tegor org lain, biar hilang org lain, asalkan wany tak hilang syu. wany tak pernah ada kawan rapat semacam wany dengan syu, wany tak anggap syu kawan pun, wany dah anggap syu macam sibling wany. Macam-macam kita lalui. Mungkin syu dengar geli, tapi wany nak cakap jugak. wany sayang syu sesangat. Sayang gila. Jangan putus kawan dengan wany, please. wany akan cuba memperbaiki diri ni. please jangan buat wany macam tak wujud. :''( i need you ,siti  nur syuhada binti musa. :'(
hakikat yang sebenar
ye, memang aku ni suka tipu diri aku sendirikan. mulut aku cakap nak lupa .nak lupa. tapi hakikatnya hati aku tak pernah lupa dia. aku tak pernah lupa kan dia. seriously aku sayang dia. aku bukan tak boleh, tak boleh nak lupakan dia, tapi mungkin mengambil masa yang lama, aku kene cuba lupakan dia demi masa depan aku. tapi still rasa tu ada lagi.and getting stronger and stronger. mungkin hati aku tak ready lagi nak terima hakikat ni.. ya allah, bantulah hambamu ini untuk lupakan dia, aku bahagia bersama seorang insan yang engkau kurniakan kini, tapi mengapa amat sukar untuk aku melupakan dia,,? :'( bila hati ini teringatkan dia, aku akan menagis, menagis dan menagis.  nak tahu kenapa aku tak nak ingat dia? kenapa aku benci dia?  jawapannye entah, mungkin rasa dikhianati, tak dihargai. dan mungkin kalau aku sayang diakan dia sekarang, aku dah longlai, down giler,giler, separuh mati aku terluka dengan tindakan dia, siap rabak, koyak, patah bagai dah hati ni. now, aku cuba lupakan segala kenangan aku dan dia, orang selalu pesan kat aku, jangan bebani hati dan fikiran diri aku dengan benda yang dah lepas, tapi.. tapi.. tapi.. aku tak boleh stop crying, mata aku tak boleh nak lelap, kecewa aku mengunung bila aku teringatkan peristiwa tu, otak aku overtime work, always sakit. tapi, u know what, kalau ikutkan akal yang matang yang terjadi itu pasti ada hikmah, now, aku just fikir.. 

Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang tak hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah bertahun aku kenal dia.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.aku banyak berfikir.refresh balik segalanya untuk mencari jawpan pada soalan-soalan aku. aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?” 
“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.
 
and now aku tengah berjuang.menjadi lebih baik. dan doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati impian aku. now aku pegang satu je, janji Allah itu pasti. aku tak boleh lemah di mata orang, aku kena kuat menghadapi semua dugaan ni. alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari selama ini membawa aku pada Allah.  aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur , alhamdulilah, now aku bahagia bersam dengan si dia, 'mohamad azeem bin sharif'. dia banyak membantu aku setelah aku jatuh. terima kasih allah kerana kurniakan insan memahami diriku, aku bersyukur, semoga hubungan kami ini kekal. aminn :')

|