alhamdulilah
Sungguhnya Allah, Engkau telah membuka hatiku untuk sentiasa bertaubat kepadaMu. Engkau telah menyedarkanku tentang keindahan beribadat. Alhamdulillah ya Allah, kenikmatan beribadah itu dapat ku rasainya hanya dengan kerahmatanMu dan sedikit pun bukan kerana diriku.
Di dalam solatku, tidak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata betapa bersyukurnya aku dengan rahmatMu Ya Allah.Di dalam doaku, aku merintih mengharapkan penerimaan Mu. Aku merintih dan merayu denganMu Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani.
Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku. Kasihanilah umi ayahku sebagaimana mereka mengasihaniku sejak dari kecil lagi. Airmataku semakin bercucuran membasahi pipi. Tidak dapat aku menahannya. Aku membiarkan saja ia mengalir membasahi pipi dan telekung sembahyang.
Inilah kesedaran yang Allah campakkan di dalam hatiku ini. Selalu saja ingin bermunajat kepadaMu. Selalu saja ingin merebut saat dan ketika ini. Aku tidak sendirian kerana aku ada Allah yang Maha Melihat setiap gerak geriku. Aku ada Allah yang Maha Mendengar setiap doaku dan rintihanku. Aku ada Allah yang Maha Mengetahui isi hatiku yang sangat aku dambakan. Aku ada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Itulah yang lebih meyakinkanku.
Alhamdulillah.
|