hello! my online diary
Nurul Syazwani

nobody perfect
Jangan Terlalu Mencari KesempurnaanSemua manusia mahukan kesempurnaan dalam hidup kan?
Tapi, Jangan Terlalu Mencari Kesempurnaan sebab sehebat mana pun kita, hakikatnya kita tetap tak sempurna, bak kata omputih nobody perfect. kita tak mungkin boleh jadi sempurna, kesempurnaan hanya milik allah, kita kena ingat tu. take note okey :)
isu kesempurnaan ini sedang hangat dikatakan, kadang-kadang terfikir sejenak, kenapalah orang zaman sekarang asyik nak cari yang sempurna? kadang-kadang kita kena sedar, setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan masing-masing, dan semuanya berbeza, tak semestinya setiap manusia tu kelebihan dan kekurangan dia sama. 
kadang-kadang kita kena bersyukur juga dengan nikmat yang allah beri, kita tak perlu menjadi yang sempurna sedangkan sederhana itu lebih baik. Iya, Mustahil nak sempurna. Jadi, beryukur sahaja dengan apa yang Allah sudah beri dan rezeki yang Allah dah tetapkan pada kita. Tak cantik tak pe, asalakan ada tubuh badan yang sihat dan kesempurnaan akal itu dah cukup sempurna. :)  Syukurlah dengan pemberiaan allah sahaja.
Kesempurnaan tidak boleh kita dapat sampai bila-bila. lebih-lebih lagi kita kejar untuk jadi yang terbaik. Memang hati manusia takkan pernah puas dengan apa yang allah beri.. Syaitan pula bertepuk tangan suruh kita kejar hal dunia dan lupakan hal akhirat. Jadi, mahu atau tidak. Kita sendiri kena kuat. Bersyukur dengan nikmat Allah dan insyaAllah akan diberikan rasa “mencukupi” dengan apa yang ada.
ucaplah alhamdulilah dan bersyukurlah dengan apa yang ada,  sempurna itu tak penting, yang penting kebahagiaan.