
Ku renung pada langit yang kebiruan..Subhanallah.. Indahnya ciptaan-MU ya Allah.. aku redha dengan apa yang terjadi, tiba-tiba air mata jatuh kebumi. hatiku sebak apa bila teringatkan peristiwa itu,
Ya Allah, bantulah aku. Bantulah hambamu ini untuk berhijrah ke arah kebaikan. Bantulah aku untuk menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang islam. Bantulah aku ya Rahman. Dengan rahmat dan kasihan belasMu, aku dapat melaksanakan tanggungjawab ku kepadaMu? Mungkinkah, sedangkan aku selalu membelakangkanMu?
Hakikatnya aku sedar ya Allah... Hari demi hari umurku semakin berkurang.. dan berkurang.. Dan mungkin juga tiada sempat untuk aku bertaubat lantaran nyawaku ini hanyalah satu pinjaman. Bila-bila sahaja Engkau akan mengambilnya tanpa ku duga.
Mungkinkah pada waktu itu baru aku hendak menyesal? Sedangkan peluang dan masa ku tiada lagi untukku. Aku tidak mahu ya Allah.. Sungguh aku tidak mampu menanggung seksa azab-MU kerana sakit yang kualami kini pun sudah tidak tertanggung sakitnya. Ini baru ujian di dunia. Apakah di akhirat nanti ku akan menerima azab yang lebih peritnya?
Ya Allah.. Ampunkanlah aku. Hapuskanlah dosa-dosa yang telah ku lakukan selama ini dan terima kasih ya Allah, kerana dugaan yang Engkau timpakan padaku inilah akhirnya yang mengingatkan diriku kembali, betapa kerdilnya diri ini.
"Ya Allah, aku bersedia menerima segala ujian dan dugaan-MU".



















